Sunday, February 1, 2009

Permata Hati My Best frez...

Salam...



Siang tadi aku sempat meluangkan masa menziarahi ina (my best frez). Dia selamat melahirkan anak sulungnya yg diberi nama Nor Zahra. Umur Zahra genap seminggu bermakna sudah seminggu Zahra melihat dunia ini. Keadaan Zahra sihat..begitu juga dgn ina alhamdulillah sihat cuma Zahra kena 'kuning' sikit..kata nurse 'kuning' nya tak kuat..

Rasanya baru semalam aku menjadi pengapit kepada pasangan ini..kalau dulu aku dtg kerana dijemput sebagai pengapit..tetapi hari ini aku dtg melihat zuriat mereka pula. Ina aku kenal sewaktu kami sama2 belajar di sek men teknik ipoh. Aku dan dia begitu akrab susah senang kami bersama.

Masih ku ingat pada suatu pagi selepas subuh ina dtg ke dorm aku. Tapi time tu aku sedang solat subuh. Aku tak sempat berbicara dgn dia. Time nk pegi sek ada sorg member bagitau aku yg ina blk rumah sbb mak dia meninggal dunia. Waktu itu aku rasa terkilan sbb tak sempat jumpa dia pg tu. Sampai di sek tabung derma untuk keluarga ina diedarkan. Mmg menjadi kebiasaan jika ada kematian tabung derma akan diedarkan sebagai sumbangan kepada pelajar yg terlibat. Mak ina meninggal kerana di sambar kilat/petir di kebun labu. Aku begitu sedih bila mendapat tau akan hal tersebut. Yang lagi buat aku sedih, aku tak dpt ikut wakil2 pelajar ke rumah ina kerana aku bukan rakan sekelas ina.

Seingat aku peristiwa tu berlaku sebelum percubaan SPM. Ina mmg seorang yg tabah Alhamdulillah result percubaan nya bgs dan SPM sebenar pun dia dpt result yg cemerlang dan melayakkan dirinya ke kemenara gading. Semasa dimenara gading pula ayah nya meninggal dunia. Time tu aku menuntut di Bangi aku turut tidak berpeluang utk menziarahi ina tika itu.


Kini alhamdulillah ina mengecapi kebahagiaan dgn pasangan nya dan kehadiran Zahra sebagai pelengkap kebahagiaan mereka. Terpancar diraut wajah ina tadi kegembiraan yg ingin dikongsikan bersama aku..tp ada sedikit kesedihan dr riak wajah nya bila mana aku memberi beberapa petua mak aku kepada dia. Mungkin ada rasa sedih kerna dia tak sempat berkongsi kegembiraan bersama kedua org tuanya.

Semoga ina menjadi ibu dan isteri yg terbaik untuk anak2nya nnti dan untuk suami nya.I'Allah...

No comments: