Friday, December 11, 2009

CoMe BacK...

Salam semua..

Lamanya tak updated blog ni..rindu rasanya..ikutkan mmg byk nk dikongsikan..tp disebabkan kesuntukan masa..tak tau nk curi masa kt mana utk duduk dpn pc update blog..

Sekarang ni kejer kt opis mmg melambak2..may b sampai bln 4 thn dpn aku padat dgn tugasan kt opis..non stop..hadoi..tiap2 hari blk lewat...sabtu ahad pun masuk kejer..
nk main boling pun dh tak sempat...

Minggu lepas sempat pegi main ice skating kt sunway..itu pun pas kejer ari ahad..punya la tak pandainya nk skate..kt tempat sejuk pun boleh berpeluh2..mana tak nya..nk pusing satu tempat tu amik masa dlm setengah jam..tu pun dok pegang tepi..mmg jelous la tgk org yg pandai skate..yg kelakar nya..org dok skate laju2 dpn aku..aku blh terhoyong hayang..jatuh jgn kira la..byk kali jugak ler...basah jugak ler jeans aku...huhuhu...siap ada seorg dua budak tlg bgn kan aku time aku jatuh..tu lg ar buat aku tercabar..hehheh..

Ok..stop kt sini..nnti aku apload gambonya..

Saturday, October 17, 2009

MeLaYaN GeLaGaT SyaMiL & SyAkiR dLm KeRetA...


Kamera mak na kecik la..mana muat semua muka nk masuk..tolong..!!!!


Syakir yg control macho..model topi senget..


Syamil pun nk pakai topi cam yeop jugak ker...








Hari tu on d way pegi PPUM tgk ammar..Shamil dgn syakir pantang tgk kamera..click sana..click sini..

Wednesday, October 7, 2009

4 oct '09 ---> GeNaP 26thn...

Alhamdulillah genap 26thn aku bernafas di bumi Allah ini menghirup udara yg segar menjalani aktiviti seharian sebagai hamba yg kerdil di sisi Allah..Penuh kesyukuran aku panjatkan dgn apa yg aku miliki sekarang dan aku terus memohon padamu Ya Allah agar terus memberkati kehidupan aku ini dan juga dlm uasaha utk terus aku menambahkan ilmu akhirat..i'Allah..

Terima kasih tak terhingga kepada kedua org tua ku yg telah sabar menjaga..mendidik..memberikan aku pakai..mkn..lengkap segala2nya tanpa ada satu pun yg kurang..begitu besar pengorbanan mereka..Doaku agar mak & abah terus bahagia hingga ke akhir hayat...buat adik beradik terima kasih atas tunjuk ajar dan juga kasih syg yg dilimpahkan..

Kepada rakan2 jutaan terima kasih atas doa2 serta ucapan pjg umur yg sempat singgah di mana2 rangkaian perhubungan yg mampu disampaikan..

Tahun ini aku menerima sebuah hadiah paling bermakna seumur hidup ku kini..kata org andai hadiah itu bermakna..mana mungkin kita mampu utk melupakan..benarlah..hadiah tersebut tak kan mampu utk aku lupakan..begitu besar makna hadiah tesebut..tak pernah ku duga..akan menerima hadiah sedemikian rupa..apa hadiah nya???..biarlah aku sendiri yg mengetahuinya..mana mungkin aku sanggup bekongsi dgn org lain kerna ianya begitu bermakna...

Sunday, October 4, 2009

iTu JaNji AllaH...

Syawal ke-7 bersamaan 26hb sept '09 aku dan rakan2 m'hadiri majlis p'kahwinan ciah dan pasangn nya lee..Kedua pasangn ini ada lah teman rapat aku..Ciah aku kenal sejak kecil lg..kami satu kampung..zaman kanak2 kami lalui bersama sehingga lah ke tingkatan 3..masa zaman kanak2 kami sama2 bermain tuju tin..baling kasut..main pondok2 & kawin2..ingt lagi paling best main nyorok2 kat rumah ciah..sbb umah ciah agak besar..pergi mengaji sek agama pun sama...kami sekampung yg sebaya ada 8org..aku..ciah..puyah..no'on..zura..heri..azri & nuar..kini yg masih bujang aku..no'on..azri..zura tak pasti sama ada dia dh kawin atau blm sbb lost contact..



Lee pulak aku kenal ketika usia meningkat remaja..sewaktu tingkatan 1..lee org nya agak pemalu..kurang bercakap dgn bdk p'puan..lee pun dok hostel sampai tingkatan 3..mungkin ini janji Allah mereka dijodohkan..Rasa gembira tgk kwn2 mula membina bahtera kebahgiaan..bersama pasangan masing2 atas tiket kasih syg..percintaan dgn keredhaan Allah dan juga restu keluarga..semoga ada zuriat yg akan mewarisi keturunan mereka menambah kan lg umat nabi Muhammad SAW...


Pada mulanya percintaan mereka tak dpt dihidu oleh rakan2..namun aku antara org yg dpt menghidu niat baik diorg ni...sbb mungkin aku sekampung dgn ciah..penuh bermakna perkahwinan mereka ini..berseri2 wajah Azli kerana berjaya mempermaisurikan seorang wanita yg menjadi idamannya..begitu juga dgn ciah dr riak wajah nya tergambar raja yg bertahta di hatinya kini sudah dimiliki..


Kini hari2 yg mereka lalui lebih bermakna..aku mendoakan agar kebahagian sentiasa mengiringi perjalanan hidup mereka..semoga Allah mengurniakan mereka dgn anak2 yg soleh & solehan..agar mereka bahagia hingga ke akhir hayat..i'Allah..


Eni..odi..aku posing sblm pegi umah ciah..

Tuesday, September 29, 2009

SeMingGu BerHAri RaYa Di DeSa...

Salam Kemaafan kepada semua..

1 Syawal telah berlalu..Alhamdulillah Syawal kali ini aku sambut dgn penuh rasa syukur kerna di beri peluang menikmati syawal besama kedua ibu bapa tercinta..juga adik beradik yg dikasihi dan turut sama menziarahi sanak saudara juga rakan taulan..

Jom layan pic yg ada...














Lebaran yg penuh bermakna..

Friday, September 18, 2009

SaLaM AiDiLfItRi...




Ramadhan 1430h bakal melabuhkan tirainya..lalu digantikan dgn 1 Syawal..apakah sudah tercapai azam kita utk ramadhan kali ini..Semoga Allah menerima segala amal ibadat kita dan semoga kita mendapat baraqoh dr Nya..

Dikesempatan ini sy ingin Mengucapkan
'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN' kpd semua pengunjung yg sudi singgah di laman ini..Maafkan di atas ketelanjuran kata di dada laman ini mahupun selama mana anda mengenali tuan empunya laman ini..kesalahan sama ada sengaja mahu pun tidak..

Kpd yg pulang ke kg halaman berhati2 di jalan raya semoga selamat sampai ke destinasi yg dituju..

Hidup Memerlukan Pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan Ketabahan.
Ketabahan memerlukan Keyakinan,
Keyakinan pula menentukan kejayaan,
Kejayaan Pula menentukan Kebahagiaan

Indah kata2 hanya nukilan
indah nye wajah pada senyuman,
indah permandangan pada lukisan
indah nya malam pada bulan dan bintang
indahnya hidup pada ujian dan dugaan
indah nye hati hanya pada iman dan ketakwaan pd Ilahi

Andai jejak membekas bara,
Jika langkah membawa lara,
Jika tingkah menoreh luka,
Andai kata merangkai dusta,
Andai suara menikam rasa…
Tiada andai dan tiada jika,
hanya ampun maaf ku dipinta di hari mulia.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri…. Maaf zahir dan Batin…

Sunday, September 13, 2009

TaK BeRtAjUk....

Tak Mungkin Kerna Sayang by Alyah

Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali

Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba2
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan

Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti

Sunday, September 6, 2009

KeBeRkAtAn RaMaDhAn Di KoNgSi BeRsAmA...

Salam semua..

Sudah pertengahan ramadhan kita lalui..Alhamdulillah masih lg dikurniakan kekuatan utk terus menjalani ibadat wajib ini..

Menyedari akan bertuahnya berada di bumi m'sia ini kerna mmpu utk menikmati semua nikmat yg dikurniakan oleh Allah SWT. Semoga kesyukuran dipanjatkan agar diterima oleh Yang Maha Esa.

Semalam ptg destinasi b'buka puasa bertempat di rumah chik di greenwood gombak. Alhamdulillah segala perancangn yg dirancang berjalan dgn lancar.

Ketibaan ustaz Izat pada jam 5.45ptg mmg ditunggu2..majlis bermula dgn sedikit tazkirah dr beliau. Tazkirah yg berkenaan ttg ramadhan n tanggungjawab..Hampir satu jam tazkirah berjaya disampaikan oleh beliau dgn penuh pengisian yg mampu mengingatkan kita kembali ttg perkara2 yg kita kadang2 terlepas pandang.




Selesai tazkirah bagi mengisi masa sblm berbuka pose..aktiviti perbincangan ttg sambutan syawal..








Ni tak tau la majlis hari raya ke...mak yah n pakcik baharin...


Anak2 macam2 aksi yg menghiburkan..


Selesai b'buka pose solat maghrib n isyak seterus nya solat terawih di rumah yg diimani oleh faez.

Alhamdulillah semua yg berjalan seperti yg dirancang..Semoga kita semua mendapat keberkatan dr Allah SWT.. Kepada family nyah,k'ude n abg (kt korea)..walaupun tak dpt menyertai majlis ramadhan ini harap mendapat juga keberkatan atas sokongan ini..i'Allah...

Monday, August 31, 2009

MeRiAhNyA BeRbUkA PuAsA Di KaMpOnG..

Semperna cuti hujung minggu yg panjang aku berkesempatan pulang ke kg utk sama2 menjalani ibadah puasa bersama kedua org tua ku..mak agak kurang sihat..semakin kurus badan nya..abah pulak sakit mata belum sembuh2..Ramadhan kali ini kesian dgn mak kerana tak dpt turut serta bertarawih berjemaah di masjid..mak kata dia penin pd tarawih pertama hari tu mcm nk tumbang..cuma abah jer yg larat bertarawih ke masjid lg..

Seperti biasa setiap kali ramadhan kuih yg satu ni pasti akan menjadi permintaan dari anak2 mak..hinggakan kuih ini amat digemari oleh hajar (cucu opah yg kini di korea)..tapi sekarang hajar dh pandai buat kuih ni..ahaks..

Aku tak atau la kuih ni kat tempat lain ada atau tak..yg pasti kalau kuih ni di kg aku mmg famous la..nama nya kuih 'CHEMEK'...jom tgk rupa bentuk CHEMEK ni..















Ok..tu bab kuih..ttg lauk pulak aku mmg suka ikan ni..namanya ikan 'TEMAKANG"..kat tempat lain aku tak tau la ada ker tak ikan ni..ikan ni kalau di masak gulai tempoyak..walawehhh..mak mertua lalu belakang pun tak nmpak..hehheh..ikan ni mmg favaroit aku la..



Ni pulak sebahagian juadah kat kg..ceria mak dpt berbuka dgn anak2 nya..






Selain tu tak lengkap kalau tak pergi menjengukkan mata ke pasar ramadhan kat kg gajah..selain dpt jumpa org kg..dpt la jugak tgk kwn2 lama..hehhehe





Syakir n husna mkn ais krim kat pasar ramadhan...



Suka nya syakir n husna blk kg...



Ok la jumpa lg next entry..buat hajar yg ada kat korea jgn jelous mak na dpt mkn CHEMEK yg opah buat..very2 sedap tau..yummmyyyy....

Saturday, August 22, 2009

RaMaDhAn DaTaNg LaGi...

Salam Ramadhan kepada semua..

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda, maksudnya: "Apabila tiba bulan Ramadan, terbukalah semua pintu rahmat dan ditutup semua pintu neraka serta tangan-tangan syaitan dirantai." (Hadis riwayat Ahmad)

Hari ni 1 Ramadhan 1430h. Pantas masa berlalu terkadang tanpa sedar bulan silih berganti melengkapkan putarannya.

Doa dan harapan agar ramadhan kali ini lbh baik dr thn2 sblm nya..i'Allah..
Semoga keberkatan Ramadhan ini juga dpt menyucikan hati yg penuh titik2 hitam agar mendapat pengampunan dr Yang Maha Esa.

Sesungguhnya aku mendambarkan agar aku diberi kesempatan utk terus menikmati ramadhan kali ini dgn suasana yang mengarahkan aku merebut segala peluang meningkatkan keimanan di bln yg mulia ini.

Puasa adalah ibadat yang difardukan ke atas umat Islam sebagaimana umat terdahulu dan ia satu daripada Rukun Islam.

Ia setinggi-tinggi amalan bagi mendekatkan diri kepada Allah. Pelaksanaan ibadat itu bukan saja menandakan kepatuhan seorang hamba kepada Tuhan, malah menguji keikhlasan dalam amalan.

Sehubungan itu, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan akan diampunkan segala dosa-dosanya yang terdahulu." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Wednesday, August 19, 2009

KaRaM by ZaBarJaB..

Balik kejer tadi layan sinar FM..ada la pulak lagu ni..
Slow rock..mmg sedap la..dh lama tak dgr..

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadaNya
Yang Maha Esa

Mestikah ada satu perngorbanan
Sehingga terjadinya perpisahan
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan ku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Di kala tiba dugaan mendatang
Aku kau tinggalkan

Karam aku di lautan duka
Bila wajahmu hilang di mata
Tiada berita pengubat rindu
Di kala sendu

Kubiarkan luka di hati berdarah
Sehingga kering dimamah mentari
Apakah salahku
Disakiti begini

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali ke sarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan di hatimu sayang...

Tuesday, August 11, 2009

TeRaTaK BonDa....

Salam..

Weekend lepas aku pulang ke kg sbb ada kenduri sikit..Rumah kg ku kini berwajah baru..rumah sudah dipagari dgn cantik nya..









Bkn pagar jer baru..rumah pun cat baru..







Yang best nya mak aku mmg tak lepas kan peluang..sempat dia tanam jagung kat dlm kawasan pagar tu...huhuhu..mmg mak aku ni suka berbudi pada tanah la..



So raya tahun ni suasana baru la..