Monday, April 21, 2008

Sakitnya...


Salam...
Hari ini hari isnin aku MC..huhuhuhu..
gigi sakit..Jumaat lepas doktor cabut gigi bongsu aku..
bahagian bawah sebelah kiri..
ni la pengalaman pertama aku kena cabut gigi..
Appointment dengan doktor pukul 10pg kat HTAR klang..
sebelum ni waktu kecik2 mana la pernah
cabut gigi dengan doktor..
sbb gigi semua boleh cabut sendiri kiranya tak der masalah la..
waktu nurse panggil masuk bilik..huuuhhh..cuak jugak la..
maklum la gigi tak goyang nk kena cabut..mau tak sakit..
nurse suruh baring..lepas tu doktor datang..
doktor cina perempuan..
mula2 doktor tgk gambar x-ray..
lepas tu doktor cucuk bius..mak oiiii sakit nya..
jarum dah la panjang..3 tempat doktok cucuk..
lepas tu nurse bawak aku pegi buat x-ray
untuk gigi yang nk dicabut..
lepas 15 min doktor dah nak mulakan tugasnya...

Ya Allah..waktu tu Tuhan jer la yang tau..
aku nampak alat yang doktor guna..
huhuhu..gerun la..bayang kan dia korek gigi aku
macam korek batu dlm tanah..
dlm 5 min doktor berjaya keluarkan gigi aku...
aku tgk la gigi aku..gigi bongsu besar la jugak..
darah yang keluar punya la byk..
tapi waktu tu tak sakit lagi sbb ubat bius ada lg..
bila dah balik rumah br terasa sakit..
doktor cuma bagi ubat tahan sakit jer..
blk umah mkn bubur mcD jer..
tidor malam bila kul 3,4 pg mula la sakit..

Memang terasa la kesakitan nya
ampai kan hari ni aku amik MC lagi.
Hope esok tak la sakit sgt lg..

Thursday, April 17, 2008

Hati Tenang Lah...


Salam semua..
Rasa sudah lama benar aku tak menaip pada blog ni..
terasa rindu untuk menaip apa yang patut..
hari2 yg aku lalui setiap hari sama seperti biasa..
Banyak masa ku habis kan dengan kerja2 di tempat kerja..
selama dua minggu kerja non stop..terasa penatnya..
tapi nak tak nak aku kena buat jugak..tu kan dah tanggungjawab..
mengenangkan tanggungjawab kita manusia akan terus sedar
akan amanah yang perlu kita tunaikan..

Tapi dalam kesibukan hari2 yang aku lalui ada jua
keresahan di hati datang bertamu..
cepat2 ku pujuk hati ini agar tenang menempuhi ujian yang datang..
anggap lah ini dugaan dari yang Maha Esa..
menguji hambanya tentang perasaan..
Tapi menyapa semakin aku cuba untuk menerima kehadirannya..
makin sukar untuk aku paham tentang dia..
aku masih tak nampak lagi kesungguhan dia..
apakah aku perlu berkorban lagi..
berkorban untuk memenuhi permintaan nya..
sedangkan dia yang memulakan tapi dia masih
tak mahu belajar untuk menunaikan permintaan aku..
permintaan aku untuk kebaikan dia jua..
bukan untuk kepentingan aku...
salah kah aku membuat permintaan sedemikian rupa..
aku tak mampu untuk berserah pada masa..
aku takut masa akan terbuang begitu sahaja..
Aku mampu berkorban..
namun pengorbanan ini terlalu sukar untuk aku lakukan..

Hanya padamu Ya Allah..ku mohon semoga kau gerakkan hati dia untuk berubah..
andai dia tercipta untuk ku..

Wednesday, April 9, 2008

Kadang Kala...

Kadang kala

ketika kita menangis

tiada orang nampak tangisan kita

Kadang kala

ketika kita sedang menderita

tiada orang nampak derita kita

Kadang kala

ketika kita risau

tiada org nampak kerisauan kita

Kadang kala

ketika kita gembira

tiada org nampak kegembiraan kita

Suratan atau kebetulan...

Mencintai...
bukanlah bagaimana kita melupakan... tetapi bagaimana kita memaafkan...
bukanlah bagaimana kita mendengarkan... tetapi bagaimana kita mengertikan...
bukanlah bagaimana kita melepaskan... tetapi bagaimana kita dapat bertahan...
bukanlah apa yang kita lihat... tetapi apa yang kita rasa...
lebih merbahaya mencucurkan air mata di dalam hati.. jika dibandingkan dengan menangis tersedu-sedan...

air mata yang keluar akan dapat dihapuskan... tetapi air mata yang tersembunyi akan menggoreskan luka yang tidak akan pernah pudar dan hilang...

dalam urusan cinta... kita sangat jarang menang... tetapi ketika cinta itu tulus... meskipun kalah... kita tetap menang hanya kerana kita berbahagia dapat mencintai seseorang lebih daripada kita mencintai diri kita sendiri...

akan tiba saatnya di mana kita harus berhenti daripada mencintai seseorang... bukan kerana seseorang itu sudah tidak mencintai kita... tetapi kerana kita menyedari bahawa dia akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya pergi... lebih baik menunggu orang yang tepat kerana hidup ini terlalu singkat untuk dibuang hanya dengan seseorang...

kadangkala... orang yang kita cintai adalah orang yang paling menyakitkan hati kita dan kadangkala... teman yang memberikan kita ketenangan dan menangis bersama-sama adalah cinta yang tidak pernah kita sedari...

Kepada Mu Ku mohon...

Ya Allah..
Seandainya telah Engkau catatkan..
Dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dgn hatiku..
Titipkanlah Kebahagiaan antara kami..
Agar kemesraan itu abadi..
Dan Ya Allah..Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih..
Seiringkan lah kami melayari hidup ini..
Ketepian yang sejahtera dan abadi..
Tetapi Ya Allah..
Seandainya telah engkau takdirkan..
Dia bukan milikku..
Bawa la ia jauh dari pandanganku..
Luputkan lah ia dari ingatanku..
Dan peliharalah aku dari kekecewaan..
Serta Ya Allah..Ya Tuhanku..
Yang Maha Mengerti..
Berikanlah aku kekuatan..
Melontar bayangannya jauh kedada langit..
Hilang bersama senja nan merah..
Agar ku bisa bahagia..
Walaupun tanpa bersama dgn nya..
Ya Allah Yang Tercinta..
Gantikanlah yang telah hilang..
Tumbuhkanlah kembali yang patah..
Walaupun tidak sama dgn nya..
Ya Allah..
Pasrahkanlah aku dgn takdirmu..
Sesungguhnya apa yg Engkau takdirkan..
Adalah yg terbaik untukku
Kerna Engkau Maha Mengetahui..
Segalanya yg terbaik buat hamba Mu ini..
Ya Allah..
Cukuplah Engkau sahaja yg menjadi pemeliharaku..
Didunia dan akhirat..
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yg daif ini..
Jangan Engkau biarkan aku sendirian..
Di dunia ini mahupun di akhirat..
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran..
Maka kurniakanlah aku seorg pasangan yang beriman..
Supaya aku dan dia sama2 dpt membina kesejahteraanhidup..
Kejalan yg Engkau redhai..
Dan kurniakanlah padaku keterunan yang soleh..
Amin..

Wednesday, April 2, 2008

Kerja Amal...

Salam..
Bz betul skrg ni...so lambat la buat entry terbaru ni..
Pada 29hb march 2008 ari tu aku join kerja amal anjuran company tempat aku kerja..
Best la..terasa sayu bila kami disambut oleh penghuni RUMAH KEBAJIKAN ANAK2 YATIM AL-KHAIRIAH..

1. Aku dgn aimi dlm bus kilang..huhuhu..
merasa gak naik..
2. Kami sampai di rumah anak yatim..
3. Masing2 ambil tempat..
4. Masing2 dah sayu..
5. Mercu tanda kasih tersemai..
6. Bapak yg menjaga kebajikan anak2..
7. Anak2 yg masih kecil mengharapkan kasih sayang..
8. Ibu yg mencurahkan kasih sayang..









Gotong - Royong..












Kami ada kan game untuk menghiburkan anak2 ni..
1. Kotak Beracun..
2. Kucai n Kucai junior..
3. Musical Chair..
4 & 5. Bawa Bola Pingpong dlm Sudu..

Serahan sedikit cenderamata..