Wednesday, August 27, 2008

MerDeka Kah Kita....

Salam semua..

Hari ini 26 Syaaban beberapa hari lagi Ramadan bakal kita lalui Syaaban pula mulai melangkah meninggalkan kita. Terasa cepat benar masa berlalu, Aug 2008 pun bakal melabuhkan tirai. Seperti biasa bulan Aug adalah bulan ke MERDEKAAN bagi rakyat malaysia. Tahun ini Malaysia sudah 51 thn merdeka. Tapi MERDEKA kah kita ? MERDEKA terlalu subjektif untuk dihuraikan. Mungkin kita MERDEKA dari penjajah asing, namun kita masih belum merdeka untuk banyak perkara. Tapi cukup lah hanya saya huraikan erti MERDEKA dalam hidup saya. MERDEKA pada saya kebebasan yang seiring dengan tuntutan.




Semalam sepatutnya saya menyertai rakan sekerjaya yang lain untuk program derma darah. Minggu ni adalah minggu kesihatan dan antara programnya ialah menderma darah. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan saya tak layak untuk menjadi penderma untuk tahun ini. Sebabnya baru2 ini saya menjalani pembedahan. Saya siap dah isi borang untuk jadi penderma.Alih2 doctor bagitau yang saya hanya boleh menderma darah selepas 6 bulan pembedahan. Rasa sedih jugak sebab tahun ni saya tak dapat untuk menyumbangkan sedikit sumbangan pada pesakit2 yang memerlukan. I’Allah tahun depan saya akan melakukan rutin tahunan saya ini andai saya layak untuk menderma.

Ketibaan Ramadan kian terasa, seperti Ramadan yang lepas saya berniat untuk mempertingkatkan amal ibadat dan nak merebut peluang melakukan solat sunat tarawikh di surau. Ramadan adalah bulan paling mulia dalam banyak2 bulan, ini lah masanya untuk kita menyucikan diri selain kita tetap melakukan rutin amal ibadat seperti biasa namun di bulan Ramadan ini kita perlu melipat kali gandakan segala amal ibadat. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadat kita dan mengampukan dosa2 yang telah kita lakukan.

Tahun ni raya kat mana??? Hehehe..soalan tu masih dgn jawapan yang sama seperti tahun sebelum2 ni. Maklum la belum punyai kampung lain. Tentang baju raya pula sedih jugak la. Ingatkan malas nak pikir awal tentang baju raya. Tengok2 tempahan dah tak diterima..huhuhu..jadi saya pun meraih simpati pada seorang kawan saya, mak dia memang jahit baju. Nasib baik la saya memang baik dengan family diorang jadi ada jugak la orang nak jahit baju saya. Tema tahun ni simple jer macam tahun2 lepas, tentang budget agak meningkat jugak la. I’Allah rezeki tu ada untuk orang2 di sekeliling.

Ok la..I’Allah awal Ramadan tahun ini akan disambut dengan mak abah sebab isnin ini cuti,kalau la 1 Ramadan jatuh pada 1hb sept. Kepada yang merancang untuk balik kampung hujung minggu ini, selamat pulang ke kampung dan selamat menjalani ibadat Puasa. Semoga Ramadan tahun ini memberi peluang untuk kita meningkatkan lagi kualiti keimanan kita i’Allah.

Saya mohon maaf andai pernah ada hati yang terguris atau terasa selama mana laman ini di tatapi. Semoga segala butir di dada laman ini dapat mendekatkan saya dengan tetamu2 yang sudi menjenguk laman ini.

Sunday, August 17, 2008

Sehari berjalan di zoo negara

Salam semua..

Kali ini aku sempat menghabiskan masa dengan anak2 buah aku. Bukan main seronok diorang dapat pegi zoo.Yang bestnya cuaca pun ok cuma panas sikit. Kami sampai pun dalam pukul 11 lbh.



Aus bukan main lagi posing maut. Asal nk posing jer tak nak reramai..nak sorang2 tengok tu siap peluk pokok lagi.



Syakir dengan husna pulak asyik nk minum milo jer.

Wednesday, August 13, 2008

Banyakkan bersedekah..

Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit



dan bertanya:

"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab " Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M'sian Idol.. tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?"

Duit singgit menjawab perlahan seraya menunduk,
"Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat yg sama…………'SURAU…., MASJID……., SURAU………"

p/s: FIKIRKANLAH

Thursday, August 7, 2008

Mimpi semalam...


Hanya hadir dalam mimpi namun kesannya amat mendalam. Kata orang mimpi adalah mainan tidur tp acap kali kau hadir dalam mimpiku. Bagai menemaniku dikala aku keletihan setelah penat mencurahkan keringat di siang hari. Apakah mimpi itu yang buatkan aku kembali mengingati dirimu. Bila mana diri ini riang untuk menjalani kehidupan harian, tatkala itu jua sesedarnya aku dari tidor seawal pagi ingatan ku kembali mengingati mimpi semalam. Semuanya mengimbau kenangan lalu, menjadikan permulaan hari ku dibayangi oleh dirimu. Mana mungkin aku mampu untuk menjalani tugasan harian seperti biasa, mana mungkin ingatan ku luput untuk semua itu dan mana mungkin aku mampu untuk menafikan mimpi semalam. Semuanya berlegar2 di ruang penglihatan ku ini.

Bukan hidup ini tidak adil tapi manusia yang sering berlaku tidak adil. Aku tidak adil pada diriku, setelah aku berjanji untuk membiarkan ia pergi dengan iringan doa kebahagiaan dari ku. Namun perasaan ini tidak mampu untuk kumengerti, menyapa diri ini dibayangi oleh sisa2 bayangan dirimu. Andai bisa ku undur masa pasti aku menolak untuk dipertemukan dengan dirimu. Tapi hidup ini, kita hanya mampu untuk merancang tapi semuanya ketentuan Ilahi. Aku insan lemah hanya mampu memanjatkan doa agar aku senantiasa meletakkan cinta pada yang hakiki.

Merungkai segala apa yang berlaku ini lah yang dinamakan InDaHnYa KeHiDuPaN.
Segala rencah kehidupan ku harungi,segala rintangan yang mendatang ku gagahi namun masih terselit rasa kesayuan mengenangkan mimpi semalam. Senyuman yang terukir bagai memujuk ku agar bersabar dengan pengorbanan yang telah di buat. Semua yang terjadi ada hikmah disebalik pengorbanan itu. Izinkan aku untuk terus meletakkan dirimu dalam lipatan kenangan perjalanan hidup ku. Biar pun aku merestui pemergian mu namun aku tidak mampu untuk melenyapkan memori semalam. Walaupun segala yang berlaku bagai mimpi dalam mimpi.

Friday, August 1, 2008

Musim deghoyan weh...


Salam semua…

Untuk entry kali ini aku ketandusan idea untuk dikongsikan. Namun jari jemari aku ini ligat menekan ‘key board’ untuk menterjemahkan apa yang dipikirkan oleh otak aku ini.

Minggu lepas aku ke Gemenceh N9 rumah kak ude. Kakak aku yang kelima buat
kenduri kesyukuran serta akikah puteri bongsunya SALSABELA. Hari jumaat aku kerja half day. Dengan kesempatan yang ada aku menguruskan hal2 yang patut aku uruskan. Aku hantarkan si comel ku ke pusat service. Hari sebelumnya si comel ku sakit. Setelah selesai semuanya aku hantar pula si comel untuk dibasuh. Nampak berseri2 si comel dan sakitnya pun dah sembuh ditambah pula dengan condition yang bagus setelah di service.

Hampir pukul 11 mlm kami sampai rumah kak ude, kami disambut dengan jeritan dari akmal yg riang menyambut kedatangan kami. Kak ude ketika itu sedang membuat persiapan untuk hari esok sambil ditemani oleh nabil yang begitu teruja dengan agenda hari esok. Macam nak sambut menantu pulak. Siap dgn bunga telur, door gift dan menu jamuan pulak nasi beriani kambing. Perhhhh..!!! sedapnya..

Seawal pagi lagi nabil dan akmal bangun dari tidor terus mandi. Salsabela tak berapa sihat sebab baru kena injection..sian nya.. Abg ude pagi2 lagi dah membuat deco untuk last touch up. Dengan keadaan ruang rumah yang besar jadi kenduri ini tak memerlukan khemah. Acara bermula pada jam 11.30 pg. Di mulakan dengan merhaban diikuti cukur rambut dan naik buai. Buaian salsabela dihiasi dengan warna kuning diraja. Dengan diiringi dengan aluan ayat2 Al-Quran Maha Suci Allah salsabela lena di dalam buaian.

Jemputan datang hingga pukul 3 lebih. Aku dengan kak gie bersiap2 untuk bergerak pulang ke kg gajah. Memang hari sabtu plan dr gemenceh nak balik kg gajah. Maklum la musum durian. Kg gajah memang terkenal dengan raja buah tu. Lagi pun kat kepala aku time tu macam2 yang aku pikirkan…pulut durian,kuah durian,…dah memang durian dah sebati dalam hidup aku.

Sesampainya di kg hampir 10mlm. Seperti yang dijangkakan abah pasti menjamukan kami dengan buah durian yang memang sedap2. Dan kami siap cakap kat abah “nak yang sedap jer..hehehe”..Memang macam tu lah setiap kali musim buah durian. Dan yang tak boleh lupa lagu OS lagu durian..antara patah lirik nya “saman boleh bayor..”


Musim Durian!!! - Mr. Os


Kalau kat kg aku musim durian mcm hari raya. Kebun2 yg biasanya penuh lalang tp bila time musim durian kawasan kg mmg terang, lalang ditebas, kira blh nmpak akar pokok la. Yang best nya bau duit pun bau durian..haahahha..tu la penangan raja buah.



Husna tak suka durian, nasib baik ada manggis suka benar dia makan manggis. Tapi aku la yang penat nak jolok manggis tu. Pokok nya dah la tinggi, nak panjat jauh sekali la. Tapi time kecik2 dulu kawan2 kg aku yang memang terre panjat pokok mmg akan panjat la. Tapi sekarang ni diorng pun aku tak jumpa time musim buah.

Ok la rasa dah panjang pulak ni..ok jumpa entry lain..
salam.