Thursday, February 12, 2009

Warkah ciNta BeRbAu SyurGa...



Dulu pernah kuungkap..
"Jgn terbang tinggi,kalau jatuh akan parah".
Lalu engkau menjawab..
" kalau kita tidak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut utk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba".

Antara kita, ada peristiwa istimewa yg menjadi kenangan abadi tidak bermaksud kita mengagungkannya. Jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri. Sekadar nostalgia untuk di imbau. Biarlah ia menjadi khazanah
yg berharga atau mungkin sahaja dipupus masa. Tuhan yang menentukan.

Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yg dicintai bahagia. Terima kasih kerna pernah menerima diri ini sebagai insan istimewa. Terima kasih...

Aku baru selesai baca sebuah novel. Terpaku aku membacanya. Novel ini lain sikit lbh islamic. Ayat2 dlm novel ni buat aku tak sabar untuk tahu episod seterusnya.

Manusia mana yg tidak pernah gagal? Manusia mana tidak pernah kecewa? Manusia mana yg tidak ada pasang surutnya? kita bukan malaikat bersayap seribu. Bukan juga pari2 yg wujud dalam mitos dan dongeng. Jika ada manusia hari ini yg mendabik dada mengatakan dia adalah manusia sempurna, maka aku berani katakan bahawa dia berbohong.

Hidup sering berputar, dari bawah ke atas dan dari atas ke bawah. Gelap juga ada waktu cerahnya dan cerah ada waktu mendungnya. Perubahan akan berlaku, cuma soal waktu menjadi persoalan. Oleh itu, kuingatkan sekali lagi bahawa hati2 bila berbicara. Cakap siang pandang2, cakap mlm dgr2kan. Boleh jadi yg dibenci akan menjadi org yg disayangi. Boleh jadi yang disayangi akan menjadi musuh abadi. Siapa tahu? Tuhan sahaja yg tahu.

Orang yg tidak diuji, tidak tahu tinggi rendah langit di atasnya. Orang yg hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam, tambahan pula jika kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwa dan atmanya..mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi. Oleh itu, apabila tuhan berikan ujian beerti Tuhan mahu mengajar sesuatu. Bila adanya gelap, erti sebatang lilin jadi beharga. Apabila Tuhan bawa rusuh dan gawat, erti bahagia jadi juta2. Siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Tuhan? Syukurlah pada Tuhan jika diri dilanda ujian.

Oleh itu, kita hidup untuk melihat dan menilai. Biar yang buruk jadi sempadan dan yang baik dijadikan teladan. Tugas kita berbincang dan mengajak kepada kebaikan, tetapi bukan tugas kita menghukum dan melabelkan orang. Kita bukan Tuhan dan sama sekali kita tidak layak menghukum sesama umat kerana kita berasal dari satu bapa. Iaitu Adam. Kita juga dari satu umat iaitu umat Muhammad. Sebaik mana pun kita, jangan lupa bahawa nabi sangat sayangkan umatnya sekalipun ramai umatnya yang masih lupa dan lalai.