Friday, August 1, 2008

Musim deghoyan weh...


Salam semua…

Untuk entry kali ini aku ketandusan idea untuk dikongsikan. Namun jari jemari aku ini ligat menekan ‘key board’ untuk menterjemahkan apa yang dipikirkan oleh otak aku ini.

Minggu lepas aku ke Gemenceh N9 rumah kak ude. Kakak aku yang kelima buat
kenduri kesyukuran serta akikah puteri bongsunya SALSABELA. Hari jumaat aku kerja half day. Dengan kesempatan yang ada aku menguruskan hal2 yang patut aku uruskan. Aku hantarkan si comel ku ke pusat service. Hari sebelumnya si comel ku sakit. Setelah selesai semuanya aku hantar pula si comel untuk dibasuh. Nampak berseri2 si comel dan sakitnya pun dah sembuh ditambah pula dengan condition yang bagus setelah di service.

Hampir pukul 11 mlm kami sampai rumah kak ude, kami disambut dengan jeritan dari akmal yg riang menyambut kedatangan kami. Kak ude ketika itu sedang membuat persiapan untuk hari esok sambil ditemani oleh nabil yang begitu teruja dengan agenda hari esok. Macam nak sambut menantu pulak. Siap dgn bunga telur, door gift dan menu jamuan pulak nasi beriani kambing. Perhhhh..!!! sedapnya..

Seawal pagi lagi nabil dan akmal bangun dari tidor terus mandi. Salsabela tak berapa sihat sebab baru kena injection..sian nya.. Abg ude pagi2 lagi dah membuat deco untuk last touch up. Dengan keadaan ruang rumah yang besar jadi kenduri ini tak memerlukan khemah. Acara bermula pada jam 11.30 pg. Di mulakan dengan merhaban diikuti cukur rambut dan naik buai. Buaian salsabela dihiasi dengan warna kuning diraja. Dengan diiringi dengan aluan ayat2 Al-Quran Maha Suci Allah salsabela lena di dalam buaian.

Jemputan datang hingga pukul 3 lebih. Aku dengan kak gie bersiap2 untuk bergerak pulang ke kg gajah. Memang hari sabtu plan dr gemenceh nak balik kg gajah. Maklum la musum durian. Kg gajah memang terkenal dengan raja buah tu. Lagi pun kat kepala aku time tu macam2 yang aku pikirkan…pulut durian,kuah durian,…dah memang durian dah sebati dalam hidup aku.

Sesampainya di kg hampir 10mlm. Seperti yang dijangkakan abah pasti menjamukan kami dengan buah durian yang memang sedap2. Dan kami siap cakap kat abah “nak yang sedap jer..hehehe”..Memang macam tu lah setiap kali musim buah durian. Dan yang tak boleh lupa lagu OS lagu durian..antara patah lirik nya “saman boleh bayor..”


Musim Durian!!! - Mr. Os


Kalau kat kg aku musim durian mcm hari raya. Kebun2 yg biasanya penuh lalang tp bila time musim durian kawasan kg mmg terang, lalang ditebas, kira blh nmpak akar pokok la. Yang best nya bau duit pun bau durian..haahahha..tu la penangan raja buah.



Husna tak suka durian, nasib baik ada manggis suka benar dia makan manggis. Tapi aku la yang penat nak jolok manggis tu. Pokok nya dah la tinggi, nak panjat jauh sekali la. Tapi time kecik2 dulu kawan2 kg aku yang memang terre panjat pokok mmg akan panjat la. Tapi sekarang ni diorng pun aku tak jumpa time musim buah.

Ok la rasa dah panjang pulak ni..ok jumpa entry lain..
salam.

No comments: