Thursday, January 31, 2008

Hidup ini......

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan
hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Monday, January 28, 2008

Mari gelak...hahahaha..

1) Teka-teki :
HITAM & BERPELUH..HA..APE2??

2) Teka-teki :
APA BENDA BILA MASUK SEGITIGA BILA KELUAR BERGULUNG-GULUNG

3) Teka-teki :
antara kapal terbang dengan kuih lepat liat,mana satu yang paling
tinggi?

4) Teka-teki :
byk2 kotak, kotak pe yg xleh angkat?

5) Teka-teki :
Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???teka teka kalo
terrer.....!!

6) Teka-teki :
Bulu bertemu bulu... kulit bertemu kulit... makin tambah rapat makin
nikmat
rasanyer... ( jawaplah kalau bijak hehehe....)

7) Teka-teki :
3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah Ia?

8) Teka-teki :
MASA DIA HIDUP KITE NYANYI,MASA DIA MATI KITE TEPUK TANGAN.

9) Teka-teki :
scorpion kaler apa?

10) Teka-teki :
dlm bnyk2 kera, kera ape yg pandai menaip???

11) Teka-teki :
Ada sorang imam, tengah sembahyang lepastu ada sekor anjing lalu depan
dia..pastu dia jilat kaki dia.. Batal tak air semayang imam tu?

12) Teka-teki :
4 org awek berpayung dgn satu payung tp knape tak basah?

nantikan sambungannyer nantiiiiiiiiiiiiiiii.....




Jawapan:
1) SEMUT HITAM TENGAH BERJOGING..HUHUHU..
2) SELUAR DALAM LERRR
3) kuih lepat liat la...sebab kapal terbang sampai langit je,tp kuih
lepat
liat sampi LELANGIT...
4) kotak penaltilah wawawa
5) selipar maner boley buat gali tanah......gune cangkol lar
huehuehueheu!!

6) mata lah jawapan nyer...
7) Koboi naik kuda bawa ayam.
8) LILIN MASA SAMBUT BIRTHDAY
9) kala jengking la
10) kerani
11) Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri
12) sebab tak hujan

Sunday, January 27, 2008

Hepi BestDay BoSs...


Selamat pjg umur Boss...hehehe..ari rabu lps 23hb aku wat surprise kt boss aku..b'day dia 22hb tp ari tu dia amik annual leave..aku pun plan ar nk c'brate b'day dia keesokan hari nya..pas lunch 23hb tu aku letak ar kek atas meja dia..dia terkejut..sbb wkt tu aku tak der kat meja..aku g solat..blk dr solat dia tanya aku..hehehe..aku pun jwb la yer..lgpun time aku comfirm ari tu aku tak lanjer dia pun..aku sempat la ckp..NI BKN NK BODEK erk..dia pun bkn main meriah lg ajak bdk2 opis mkn kek tu..sekelip mata jer hbs kek tu..kek tu aku tak beli kat secret resepi..tp rasa nya lg sdp dr secret resepi.....aku tempah dr dill-cakes..boss aku mmg best ar..hopefully dia sentiasa brbahagia dgn family nya..Thanks Boss..

Tuesday, January 22, 2008

Swimming...

Salam semua..
smlm aku g berenang kat UiTM..tu la kali pertama aku g..dgn berbekal kn swimming suit yg ada..aku pun berenang la dgn best nya..hahaha..kolam renang UiTM tu open pd public byr RM2 jer..ni la xtvt aku..yg ketiga..1st jog..2nd main boling..best sebenar nya kalau btl2 rajin..tp hopefully aku rajin la..hehehehe..aku sebenar nya tak la pandai berenang mcm malik maidin...tp aku buat2 pandai ar..jd la asal kn aku best..aku start berenang kul 8.30mlm..sampai kul 9.20mlm...tu pun dah mengeletar..mana tak nya..kejap tenggelam..kejap timbul..huhuhu..yg best nya diorg pasang musik..so blh ar kalau nk cuba wat RENANG BERIRAMA..hahahaha..so pas ni kalau aku pandai berenang lg best..ahaks...yg best nya palk kat situ ada wkt lelaki..dan wkt p'puan..so tak la segan...kira bebas la...kalau nk berenang kt akuatik s.alam open pd public campur lak tu..so agak segan la..jd aku amik la tempat yg leh asing jantina..hehehe..ok la..ujung mggu ni kalau aku tak kejer aku nk pekena sate kajang..tp kat bangi..tempat aku menceduk ilmu 3,4 thn lps..ok salam...

Sunday, January 20, 2008

Boling...

Salam semua..
erm macam tak caye ari ni dah 19 hari dlm thn '08..kejap btl erk..dan dah 10 hari dlm thn islam..masa berjalan begitu pantas..yg bestnya azam thn ni dah memulakan langkah dan rentak..hopefully aku akn kecapi gak sblm bln 7 ni..hehehe..i'Allah..
jumaat mlm br2 ni aku ngn bdk2 opis g baling bola berat(main boling)...best btl..pas habis kejer dlm kul 6.30ptg kitaorg gerak dr VP Tech menuju ker PAS..main punya main sampai la kul 9 mlm..pas tu kebetulan plak mlm tu ada one in a million kat sri pentas 2 kat atas tu jer..
kitaorg pun sajer2 tgk pas tu org 8tv tu suruh masuk tgk..huhuhu..dgn penat nya...kitaorg pun masuk la..dan tu la kali pertama aku g tgk siaran langsung hiburan tv...biasa jer..lg best tgk kat umah kot..lgpun aku tak ar mengikuti sgt rancangn tu..tp ber peluang la tgk paul moss..awal..hensem gak..ahakssss...
ok la nnti ada citer br aku citer lg..seblm aku close entry ni..sama2 la kita doakn agar adik sharline akn kembali ke pangkuan keluarga nya dgn selamat secepat mungkin..
Ya Allah Sesungguh nya kau Maha Berkuasa...selamat kn lah adik kecil tu dr segala mara bahaya..Amin

Wednesday, January 16, 2008

Sg Gabai...


yeeeehaaaa....sejuk nyer...!!!!5hb jan '08 br2 ni aku ngn bdk2 opis g berendam kat air terjun sg gabai..best btl..kitaorg planning baikkkk punya..siap buat bbq lg..bakar ayam,jagung,udang,kerang..mcm2 lg la..kitaorg gerak dr VP Tech seawal pg..acewahhh..kul 9pg dgn 4 biji keter..vios,2 savy dan mini cooper aku..hehehee..dr s.alam amik masa dlm satu jam lbh gak la..yg g semua p'puan..aku dah la lama tak g mandi air terjun..bkn main seronok la aku..kitaorg sampai kat destinasi jam 11pg...bila dgr jer bunyi air..rasa cam nak terus terjun jer...tp sabor2..perut kena isi dulu..kitaorg mula la bkr aper yg ptt...bila dah rasa perut terisi..aper lg..aku la org yg nk mandi sgt2..mmg best ar..rendam dlm sejam lbh..pas tu naik mkn lg..huhuhuhu..ilang tension kejer sekejap...acara air yg kitaorg buat ialah..
'terjun tiruk'..hehehe..mula2 aku tak tau..pastu kwn aku ajar..hehehe..aku berjaya buat dan aku la org kedua yg buat terjunan yg menarik..yg lain semua hampeh...hehehe..kami mandi sampai kul 3...
wkt tu tgk langit pun dah nk gelap...pack semua brg..slt pas tu blk..on d way blk singgah pekena laksa periuk besar..huhu..mkn lg..sampai s.alam kul 7 lbh..huhuhu..mmg best ar..next trip may b pantai timur lak..jom....!!!!!!

Saturday, January 12, 2008

hari ni aku berjaya buat blog..


aku.. ari ni blajar buat blog..hahaa berjaya gak..
ari tu aku ada buat utk blog kat fs..tp tak continue pun..
ni kakak aku yg ajar..hehehe..kira aku nk lawan blog dia la..
hehhee..