Wednesday, August 27, 2008

MerDeka Kah Kita....

Salam semua..

Hari ini 26 Syaaban beberapa hari lagi Ramadan bakal kita lalui Syaaban pula mulai melangkah meninggalkan kita. Terasa cepat benar masa berlalu, Aug 2008 pun bakal melabuhkan tirai. Seperti biasa bulan Aug adalah bulan ke MERDEKAAN bagi rakyat malaysia. Tahun ini Malaysia sudah 51 thn merdeka. Tapi MERDEKA kah kita ? MERDEKA terlalu subjektif untuk dihuraikan. Mungkin kita MERDEKA dari penjajah asing, namun kita masih belum merdeka untuk banyak perkara. Tapi cukup lah hanya saya huraikan erti MERDEKA dalam hidup saya. MERDEKA pada saya kebebasan yang seiring dengan tuntutan.




Semalam sepatutnya saya menyertai rakan sekerjaya yang lain untuk program derma darah. Minggu ni adalah minggu kesihatan dan antara programnya ialah menderma darah. Tapi atas sebab yang tak dapat dielakkan saya tak layak untuk menjadi penderma untuk tahun ini. Sebabnya baru2 ini saya menjalani pembedahan. Saya siap dah isi borang untuk jadi penderma.Alih2 doctor bagitau yang saya hanya boleh menderma darah selepas 6 bulan pembedahan. Rasa sedih jugak sebab tahun ni saya tak dapat untuk menyumbangkan sedikit sumbangan pada pesakit2 yang memerlukan. I’Allah tahun depan saya akan melakukan rutin tahunan saya ini andai saya layak untuk menderma.

Ketibaan Ramadan kian terasa, seperti Ramadan yang lepas saya berniat untuk mempertingkatkan amal ibadat dan nak merebut peluang melakukan solat sunat tarawikh di surau. Ramadan adalah bulan paling mulia dalam banyak2 bulan, ini lah masanya untuk kita menyucikan diri selain kita tetap melakukan rutin amal ibadat seperti biasa namun di bulan Ramadan ini kita perlu melipat kali gandakan segala amal ibadat. Semoga Allah SWT menerima segala amal ibadat kita dan mengampukan dosa2 yang telah kita lakukan.

Tahun ni raya kat mana??? Hehehe..soalan tu masih dgn jawapan yang sama seperti tahun sebelum2 ni. Maklum la belum punyai kampung lain. Tentang baju raya pula sedih jugak la. Ingatkan malas nak pikir awal tentang baju raya. Tengok2 tempahan dah tak diterima..huhuhu..jadi saya pun meraih simpati pada seorang kawan saya, mak dia memang jahit baju. Nasib baik la saya memang baik dengan family diorang jadi ada jugak la orang nak jahit baju saya. Tema tahun ni simple jer macam tahun2 lepas, tentang budget agak meningkat jugak la. I’Allah rezeki tu ada untuk orang2 di sekeliling.

Ok la..I’Allah awal Ramadan tahun ini akan disambut dengan mak abah sebab isnin ini cuti,kalau la 1 Ramadan jatuh pada 1hb sept. Kepada yang merancang untuk balik kampung hujung minggu ini, selamat pulang ke kampung dan selamat menjalani ibadat Puasa. Semoga Ramadan tahun ini memberi peluang untuk kita meningkatkan lagi kualiti keimanan kita i’Allah.

Saya mohon maaf andai pernah ada hati yang terguris atau terasa selama mana laman ini di tatapi. Semoga segala butir di dada laman ini dapat mendekatkan saya dengan tetamu2 yang sudi menjenguk laman ini.

No comments: