Saturday, July 19, 2008

Teringat Aku Pada.....


Terasa kedinginan sejak dua tiga hari ni. Hujan yang turun membasahi bumi seakan menyamankan lagi petang2 yang indah. Semalam aku balik awal dari kerja. Biasa la kalau hari jumaat mood nak cuti lebih terasa. So kalau ada pun kerja yang perlu dibereskan akan disambung keesokan harinya. Petang tu aku singgah sekejap di padang permainan kanak2 berdekatan dengan rumahku. Niat dihati nak bawak husna main kat situ tapi waktu tu husna belum sampai rumah. Aku pun hanya parking kereta, duduk dalam kereta sambil menjamukan halwa telinga dengan lagu2 dari SINAR FM. Time tu lagu SHIDEE, dgn angin yang sepoi2 bahasa dan melihatkan telatah anak2 keriangan bermain membuatkan aku terasa begitu damai. Melihatkan anak2 yg riang tanpa ada keresahan , mereka masih lagi belum kenal cabaran kehidupan ini.

Kerinduan pada teman2 menggamit perasaan, setelah sekian lama meninggalkan zaman persekolahan. Kini masing2 dengan tugasan masing2, ada yang sedang bekerja, yang masih belajar dan juga yang telah melangkah ke alam perkahwinan. Terasa baru semalam kami bergurau senda bersama, buat study group bersama, makan di dewan makan hostel bersama, membuat sektsa di malam akhir tahun bersama..terasa baru semalam semua itu berlaku. Begitu pantas masa berlalu, kini cabaran kehidupan makin mencabar. Bukan lagi buku2 sekolah yang di jamah..bukan pencil yang perlu diasah tapi tugasan dan tanggungjawab di pejabat yang perlu dipikul. Amanah bagi mendapatkan rezeki yang halal kini menjadi keutamaan. Kini alam pekerjaan membuatkan pemikiran kita menjadi lebih matang kerana kita lebih memikirkan tentang masa depan. Jika dahulu sewaktu alam persekolahan kita hanya memikirkan tentang mencipta kejayaan, namun setelah kejayaan akademik yang kita cipta terhasil, kita melangkah pula kealam pekerjaan. Cabarannya berbeza,namun rezeki yang Allah tentukan untuk kita seharusnya kita sentiasa bersyukur,walaupun kata hati, kita masih belum berpuas hati dengan apa yang kita ada sekarang namun kita perlu bersyukur dan sentiasa bersabar, mungkin masih ada yang lebih baik yang Allah akan berikan pada kita.

Bila usia semakin meningkat, kedewasaan membuatkan kita akan lebih sensitive dengan keadaan sekeliling. Kalau di alam persekolahan ,teman2 tempat kita meluahkan apa yang ditanggung oleh hati dan yang paling membahagiakan sebungkus MAGGIE akan dikongsi oleh 4 orang. Bukan itu sahaja kalau waktu lepas raya kuih raya jadi juadah utama di dorm2. Kadang2 serdak kuih tu kalau dimakan dengan air milo 3 in 1 perrrhhh!!..memang tak hingat sedapnya. Tapi sekarang biskut akan dimakan depan pc sambil buat kerja2 yang nak kena summit kejap lagi. Kalau dulu waktu makan Maggie, waktu tu la nak citer tentang admire masing2..hahaha..kelakar betul la time sekolah dulu mesti ada la admire kat kawan2 satu kelas ker..kelas lain ker..tak pun senior2..tp bila sekarang tetiba teringat kat saper yang kita admire mesti tersenyum sendiri dan terpikir nk tau tentang sidia sekarang apa agaknya dia buat sekarang atau dah berumah tangga. Tapi yang jadi suami isteri lagi membahagiakan sebab akhirnya jodoh mereka panjang. Yang tak dijodohkan mungkin Allah nk jumpakan dengan orang yang lagi sesuai.

Yang lagi membanggakan buat rakan2 seperjuangan yang telah kecapi apa yang dihajati.
Kalau dulu time sekolah comot jer..tp bila tgk sekarang sanggup tu pusing 4 kali nak tgk btl ker bdk ni,pada yang lelaki mesti cakap “ah nyesal dulu tak ngorat minah ni”..pada yang p’puan pulak mesti ckp cam ni “ dah hensem siot..dulu selekeh nk mampos”..tu ayat2 standard. Tapi memang betul kadang2 time sek dulu dia la yang paling famous dari segi akademik tp la ni besa2 jer..dan sebalik nya, kalau tengok dulu dia ni mcm tak ada harapan jer..tp rupa2nya sekarang ni dah berjaya lebih dari orang yang masuk ‘U’..apa pun rezeki tu Allah yang tulis..kita manusia perlu sentiasa berusaha dan bersyukur dengan apa yang dikurniakan.

Agaknya kalau nak disenaraikan nama kawan2 dari sekolah rendah sampai IPT rasanya tak cukup ruang ni. Buat rakan2 seperjuangan..

-> sori tak ada lencana sek..tak tau kat mana nak dapat
Sek Keb Bandar Tua ~ 1990 – 1995 (UPSR 1995)


Sek Men Keb Dato’ Seri Maharaja Lela ~ 1996 – 1998 (PMR 1998)


Sek Men Teknik Ipoh ~ 1999 – 2000 (SPM 2000)


Sek Men Keb Seri Perak ~ 2001 – 2002 (STPM 2002)


Universiti Kuala Lumpur (M’sia France Institute) ~ 2003 – 2006 (Dip ASMT)

Kepada rakan2 hostel....
-> peminat2 wold cup 1998 (tgk curi2..)
-> anti mama ram ’99 – ’00 (slalu sodorm..geng mkn Maggie..)
-> peminat2 world cup 2002 (pun curi2 tgk..)
-> geng2 main badminton,ujung mggu tdor & merempit g pasar mlm fasa 1..

kalau rasa2 dah lost contact dengan aku..
blh cr aku kat adz_1353@yahoo.com

i just hope that one day when you hear my name
you would just smile & say
hey! Thats my friend

1 comment:

kuIna said...

windunya... muda semula.. ahak, ahak...