Sunday, December 14, 2008

Korban di kampung...

Salam Aidil Adha...

Kepada semua pembaca maaf kerana terlambat mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Di atas tuntutan kehidupn seharian, baru hari ni berpeluang menari2kan jari jemari ini di atas keyboard. Masih mencari2 aura untuk berkarya..huhuhu..

Rasa tak terkejar dek masa yg seakan cepat berputar. Namun sebenarnya masa ttp sama 24hr dlm sehari. Hujung minggu lepas aku pulang ke kampung untuk menyambut Aidil Adha bersama keluarga di kampung. Seperti biasa juadah lemang adalah menu utama untuk menyambut kehadiran Aidil Adha sama dgn Aidilfitri. Bagi mak tak lengkap kiranya tanpa ada lemang sbg menu di pagi raya.

Kali ini tak semua adik beradik dpt berkumpul.Keluarga abg tak dpt pulang ke M'sia dan berhari raya di korea. Keluarga k'de pulak terpaksa beraya di gemenceh sbb abg ude tak dpt cuti dan k'yah n nyah pulak beraya di rumah mertua.

Ibadah korban turut dilakukan di kampung aku. Sebanyak dua ekor haiwan korban telah berjaya ditumbangkan. Ibadah ini bukan sahaja ibadah yg dituntut malah dpt mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita. Sebahagian besar penduduk kg turut sama bergotong royong dalam mengerjakan ibadah korban ini. Dari yang muda hingga lah ke yg sudah berusia.

Pada petang nya pula kali sekeluarga buat BBQ kambing..huhuhu..best betul..tak ketinggalan tokeh sup tulang..andak untuk chef sup pada hari tu. untuk acara bakar membakar diambik alih oleh org br abg azmi replace tempat abg ude sbb tak dpt blk kg..ok jugak ler..kiranya abg ude blh la pass baton kat abg azmi..hehhe..



Amzar bukan main lagi nk tolong bakar. Tp tgk la bila sudah kekenyangan. back to play PS. Husna pun bukan main lagi mcm tau jer nk main.