Friday, March 25, 2011

...Cinta itu naluri, namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah jati diri...


30 Mei 2007. 6 bulan yang menggembirakan. Selepas 2 cahaya mata kurniaan Allah, seorang lagi hadir menyejukkan mata.

Menoleh ke belakang, muhasabah zaman sebelum dan selepas berumahtangga, kadang-kadang saya sering menasihati adik-adik supaya memanfaatkan masa bujang semasa belajar.

Luaskan perjalanan dan optimumkan peluang bergiat seaktif-aktifnya dalam kerja-kerja amal.

Ketika kaki melangkah selaju boleh, sejauh mungkin, manfaatkan segalanya.

Kerana kehidupan berumahtangga, tidak mengizinkan kita untuk membuat keputusan menurut pertimbangan sendiri.

Ada banyak (ramai) faktor yang perlu dipertimbangkan.

Saya tidak menganggap itu sebagai suatu kekurangan, malah ia sangat fitrah sebagai sebahagian daripada proses kehidupan.

Rumah tangga bukan SAYA dan AWAK, tetapi KITA dan KAMI.

Akan tetapi, susunlah kehidupan dengan baik.

Kehidupan berumah tangga adalah sesuatu yang dicita-citakan oleh kita semua. Namun ia seumpama kita membuat Masters dan PhD dalam hidup. Medan tumpuan semakin khusus lagi dibataskan. Maka ruang meneroka harus disesuaikan.

Jangan nanti lupa diri. Jiwa masih adventurous, mahu mencuba ke sana sini. Sedangkan isteri dan anak-anak, bukan perhiasan dinding yang sesuka hati di simpan ke almari.

Imad lahir pada 30 November 2006. Ketika saya dan isteri berada di tengah-tengah pengajian Masters. Kembali menjadi pelajar, juga terus bekerja seperti biasa. Ia bukan suatu kehidupan yang biasa. Segalanya luar biasa.

Cabarannya besar, tetapi kematangan diri membolehkan saya dan isteri bertahan dan maju ke depan.

KEINGINAN BERUMAH TANGGA

Memikirkan gelombang hidup berumahtanggalah, saya tidak gembira apabila ada pelajar yang berkata, "saya perlu segera kahwin kerana bimbang terjebak kepada yang haram!"

Adik-adikku,

Perkahwinan bukanlah untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya... semata-mata.

Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab.

Perang melawan keinginan nafsu adalah terlalu kecil jika mahu dibandingkan dengan dugaan-dugaan selepas berumahtangga.

Jika daya tahan dirimu terlalu lemah, hingga menolak zina pun jadi masalah... di mana kekuatanmu untuk membina rumah tangga, memimpin keluarga dan menjadi pembentuk manusia berupa anak-anak?

Saya tidak sama sekali menghalang perkahwinan semasa belajar. Tetapi janganlah perkahwinan itu semata-mata untuk menghalalkan apa yang haram.

Perkahwinan perlu dibina dalam keadaan yang rasional, bersulamkan emosi pengikat diri. Bekal utama hidup berumah tangga, khususnya bagi sang suami, adalah kekuatan mengawal diri.

Atas kekuatan itu Allah amanahkan Talaq di tangan suami!

Langit tidak selalu cerah...

Ada hari, rumah tangga belayar dalam perahu cinta.

Ada harinya pula, rumah tangga bertahan dengan rasa tanggungjawab dan amanah di sisi yang Esa.

Cinta itu naluri, namun kedewasaan mengendalikan cinta, itulah jati diri.

Jangan tergesa-gesa, jangan bertangguh-tangguh.

Artikal ini sy ceduk dari i luv islam...benar apa yg dikatakan sebenarnya perkahwinan itu bkn jalan penyelesaian masalah bg sesuatu masalah...di usia sy kini banyak pihak agak risau tentang sy yg masih lg belum berkira2 ingin mendirikan rumah tangga...sebagai manusia yg normal cukup sifat..saya juga inginkan sebuah keluarga sendiri..ada suami..ada rumah..ada anak2 yg lasak meniti tumbesaran yg sihat..pendek kata sebuah keluarga yg bahagia...sebelum nya sy juga inginkan sebuah majlis perkahwinan yg membuat kan para tetamu dtg membawa sebuah doa utk pasangan mempelai...dan sebelum semua itu berlaku...awal bismillah di saat saya memperkenalkan siapa yang bakal menggantikan tempat abah & emak utk menjaga sy..saat itu sangat2 saya nantikan...namun apakan daya doa yang saya panjatkan belum lagi Allah kabulkan...bertemu insan yang Dia jodohkan belum lg Dia temukan...sudah penat menjwb soalan yang sama..namun saya tetap tersenyum pabila jwpan diberi..kerna sesungguhnya Allah Maha Mengetahui mana yg terbaik untuk hambaNya...

Apa yang kita cari dalam kehidupan ini...terlalu general soalan itu..dan pelbagai jawapan mampu diberi..namun sampai manakah jwapan itu mampu melengkapkan apa yg ingin digapai...ada org inginkan kehidupan yang kaya raya..ada org yang inginkan kehidupan bersederhana tetapi mampu memiliki apa yg diinginkan...ada org ingin kan kehidupan yg sihat agar mampu merebut seberapa byk amalan utk bekalan kelak...tetapi saya memilih bahagia yang dicari...bahagia juga terlalu general...tetapi apa yang saya lihat tika ini bahagia yang saya miliki..bahagia dalam perjalanan hidup...walaupun saya tidak harus mendabik dada merasa selesa di zon ini..namun saya bersyukur..bahagia dari segi keluarga besar yg saya miliki..saya punyai kedua ibu bapa yg begitu byk berkorban...saya punyai adik beradik yang saling syg menyayangi..saling memerlukan antara satu sama lain...saya punyai kerjaya (walaupun tak sehebat mereka yang hebat)..namun semua itu membuatkan saya rasa bahagia...bahagianya saya kerna masih diberi kesihatan utk terus bersujud mengingati Yang MAha Esa...

Kita mengakui kita tidak sempurna..sebab itu kita ditemani kekurangan....Dari apa yg saya boleh lihat...sebagai contoh kawan sepermainan sy..kwn sekelas saya & mungkin juga kawan sekerjaya saya...mereka punyai keluarga sendiri..rumah sendiri..anak isteri yg menemani..ada pula yang punyai kekasih hati & bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi...namun mereka mengeluh kerna mereka tidak merasai kehidupan bujang yang sepatutnya mereka rasai tika ini...lalu saya katakan pada mereka...saya juga boleh mengeluh kerna saya tiada keluarga sendiri..kekasih hati....tetapi saya tak berani untuk mengeluh kerna semua itu...sebab saya bersyukur kerna ada keluarga besar..sahabat handai...& juga rezeki yang halal...mungkin kekurangan yg saya ada...kelebihan yang mereka ada...kelebihan yang saya ada..kekurangan yg mereka ada..tetapi mereka hanya nampak kelebihan yang saya ada..tak nampak kekurangan yang saya ada...mungkin kerana saya tidak melebihkan kekurangan yang saya ada kerana saya sentiasa memujuk hati kecil saya agar bersyukur dengan kebahagiaan yg Allah bg tika ini...dan teruskan berdoa agar Allah berikan lg banyak kelebihan lagi & agar Allah taburkan rahmat & rezeki pd mereka2 juga...


3 comments:

mommy irdina said...

Terasa seperti hati dilanda pilu utk entry awak kali ini...Kehidupan itu hakikatnya memang indah,cuma manusia itu sendiri yg mencoraknya menjadi indah, semakin indah atau sebaliknya... Mungkin kita rasa kita belum dapat lagi apa yg selama ini kita inginkan..Tapi yakinlah bahawa satu ketika nanti apa yg kita inginkan akan jadi milik kita semua...

adz said...

itu lah kehidupan...jd lah hamba yg sentiasa bersyukur...

mommy irdina said...

Jangan sedih2 sgt kawan.... Cuba lah jd insan yg kuat utk hadapi semuanya...