Tuesday, November 25, 2008

Kepesatan Pertumbuhan

Menarik kan!!! Ada sesuatu yg aku nk kongsi dgn pembaca laman ni. Bukan niat nk meng ‘expose’ yg tak sepatutnya Cuma nak nk berkongsi. Pejam celik..pejam celik..(jgn pejam terus..)..dah nk masuk tahun 2009..thn 2008 bakal melabuhkan tirainya..

Sebelum tirai dilabuhkan sebelum calendar bertukar tahun aku nk citer ttg setahun yg lalu..tentang Family aku ‘Yunos & Fatimah family’..
Kisahnya bermula di sini….Pada suatu hari… jeng..jeng..jeng…

Sebenarnya aku nk cerita tentang kepesatan pertumbuhan keluarga kami ini. Kisahnya bermula dengan mendirikan masjid oleh ancu. Ancu selamat diijab kabulkan 4 dec '07 dgn pasangan nya. Aku panggi kak cu..ancu bukan main seronoknya..nyerongin sampai ke telinga..yer la kawin tu seronok..kata org..aku mana la tau..Mak dgn abah seronok bangat sebab dah lama tak dapat menantu perempuan. Kami adik beradik pun sama dah lama tak terima ipar perempuan..lgpun k’yang akan ke seoul..Cuma tinggal k’andak jer yg ada..sian k’andak kena buli dgn adik2 ipar nya…hehhee..


Kenduri kawin ancu dibuat secara besaran2an ala2 kg..nk kata besar tak jugak..kecil pun tak jugak..sederhana..tp sgt meriah..sebelum ni kalau ada apa2 kenduri khidmat ancu amat diperlukan..sebab dia jer lelaki yg bujang..tp bila hari dia jd raja sehari andak terpaksa bekerja keras 2x ganda..sian andak..hehehe..majlis berjalan lancar seperti yang di rancang..cuaca turut baik..


Seterusnya kehadiran orang baru yang kedua pulak Lahirnya puteri yang bernama Salsabila Samsul Bahari. Anak ketiga kepada pasangan Samsul Bahari & Alida Yunos. Beliau dilahirkan melalui tingkap seberat 4.0kg..beratnyakan..bayangkan..
Lahirnya puteri ini mmg amat dinanti2kan oleh pasangan ini sebagai bunga yg menyerikan lagi keindahan di taman..cewahhh.. Panggilan manja untuk puteri ini ialah ‘BELLA ‘.. Sekarang umur bella hampir 6 bln.


sebulan lepas tu k’Haza pulak naik pelamin. Rasa nya belum kering lagi tangan yg membasuh pinggan mangkuk kenduri kawin ancu ari tu..dan rasanya belum puas lg ancu merasai bilik pengantin kat kg tu..terpaksa la serah kunci bilik pada pengantin baru. Maka dengan itu turun lah tahta raja sehari atau dengan kata lain pengantin baru bertukar milik pada k’haza. Kiranya dlm sejarah family ancu lah paling sekejap memegang title pengantin baru tp tak per utk k’cu tetap menantu perempuan baru..hheheee…

Dengan pertumbuhan ini rupa2 nya setiap keluarga masing2 membuat perancangan yaang baik..Pada 2 nov lahir pulak cucu ke – 18 tuan haji Yunos & hjh Fatimah yg selamat dilahirkan di HUKM. Mohd Syammil Ammar Shahrul Baharin adalah anak ke-2 kpd pasangan Shahrul Baharin & Asiah Yunos. Maka dgn ini Mohd Syakir afiq anak pertama pasangan ini telah naik pangkat sebagai ‘YEOP’..hehehe panggilan untuk org perak sebagai anak sulong.

Pertumbuhan seterusnya pasangan Azhar Yunos & Hayati Husin menerima kehadiran NurAishah Irdina sebagai cahaya mata ke-4 yg selamat dilahirkan di hospital Putrajaya seminggu selepas Syammil.
Betapa productifnya pertumbuhan keluarga kami ini. Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah berikan semoga dgn hadir nya anak2 Adam ini dpt memanjangkan lagi darah yang mengalir sebagai penyambung keturunan Tuan Hj Yunos & Hjh Fatimah.



Tidak ketinggalan juga seminggu selepas itu k’Imah pula menamatkan zaman bujang nya bersama pilihan hati nya. Bila hati telah sejiwa maka termatri lah ikatan yg sah dgn sekali lafaz nikah di depan tok kadi serta sanak saudara k’imah selamat menjadi seorang isteri kepada pasangan nya abg Azmi. K’imah ni adalah anak saudara abah yang tinggal bersama2 keluarga kami. Majlis yang diadakan turut meriah seperti yg dirancang.

Maka rasanya kepada ahli baru kami sekeluarga amat mengalu2kan kehadiran semua ke keluarga Yunos & family. Semoga kita semua hidup aman bahagia. Setakat ini jumlah ahli 10 org anak, 1 anak sedara,9 menantu, 1 menantu sedara & 19 cucu.

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah...lengkap 40 + 2 orang ahli. Lepas ni kalau nak kemana-mana, kena sewa sebijik bas persiaran... yang panjang! Ari tu dah ke Langkawi, ke mana lak lepas ni?

Bagus tulisan ni... rasa dekat dengan family semua. Yang lain tu jemputlah bagi komen.

adz said...

thks k'yang atas komen entry kali ni..lepas ni i'Allah kita akan menyambut kehadiran org br lg..nnti kan sahaja lah kemunculan nya..