Tuesday, July 8, 2008

Cameron Highland

Salam semua..
Jumpa lagi pada entry yang lain pula
kali ni banyak benda yg nak dikongsikan dengan
pengunjung yang sudi bertamu kat laman ini

Baru2 ni aku meluangkan masa bercuti bersama teman2
Setelah hampir dua tahun aku begelar pekerja baru kali ini berpeluang bercuti bersama teman2..Percutian yang disertai seramai 12 org...Seawal pagi kami bergerak dari s.alam menuju ke Cameron Highland..kami memilih jalan ke Simpang Pulai Ipoh untuk naik ke Cameron highland..nak ikut tapah agak risau sebab jalan nya agak menggerunkan..Perasaan aku bukan main lagi tak terkata gembiranya..sebelum ni aku pernah ke cameron tp tak bermalam...



Kami tiba Brincang jam 11pg. Kedinginan cuaca di tanah tinggi begitu di rasai.Alhamdulillah dengan cuaca yang cerah tiada tanda2 hujan akan turun..
Tempat pertama yang kami lawati adalah Rose Valley. Memang banyak bunga.teruja rasanya walaupun aku ni bukan la peminat bunga tp melihat sendiri dengan sepasang mata, Maha suci Allah betapa cantiknya tumbuhan yng Allah ciptakkan. Keyunikan bentuknya kecantikan warnanya serta keharuman bau nya buat aku begitu teruja untuk mendekati setiap kuntum bunga yang ada...



Petang pulak pegi pasar malam kat pekan brinchang..kami memang plan nk buat stimboat..so penuh la stimboat kitorg dgn sayur2 segar..haahaa..tgk la kat gambo tu penuh sayur jer..mkn dlm keadan cuaca mlm yg sejuk..memang sedap ler..


Pagi ahad pulak plan kami bgn seawal pagi utk tgk matahari keluar..kami pun kuar dlm kul 6.30 menuju ke ladang teh..pagi tu sejuknya..Ya Allah sampai ketulang rusuk rasa cam beku..bila sampai kat ladang teh tu Allah Maha Besar..keindahan nya..tak tergambar dgn kata2..peace no war la..


Aktiviti seterus nya kul 10 chek out dan menuju ker Strawberry Farm..ingat kan kawasan tu kecik jer..rupanya sampai tak larat nk jalan..tp yg best nya kat farm tu semuanya ada bukan strawberry jer..sayur2..cactus..bunga2 pun ada..
setelah pusing semua tempat..kami pun turun dr cameron menuju ker air terjun latar kijang..mula2 plan nk pegi kuala woh tp tetiba hujan..so tukar plan pegi latar jer..


Sampai rumah dlm kul 10mlm..Alhamdulillah semua nya selamat sampai..percutian ni mmg best la..thanks pd niza(new frez) yg mengetuai percutian ni dan yg bersusah payah melancarkan segala xtvt..pd k'roha yg menjadi drive berhemah hope nnti blh bwk kami lg..pd maryam yg pelawa aku thks..and pd odi thks jugak..

2 comments:

kuIna said...

jeles nya........... nk p gak la..

adz said...

adz-kuinajentayutiara
mmg best pegi la...