Tuesday, February 24, 2009

Bila Jam 6.30ptg....isnin-khamis...

Salam semua..

Tak ada idea nk tulis entry baru. Ha aku nk citer ttg setiap hari isnin - khamis jam 6.30ptg..kesian kat husna..kesian bukan sebab ape..aku boleh dikatakan peminat setia spa Q 2..dan kebetulannya skrg ni aku blk kejer on time..no more ot..so aku boleh sampai rumah sebelum 6.30ptg..


So dalam wkt 6.30 - 7.30 husna tak der kwn nak main..nak gaduh..nak teman kan dia mkn ais krim..kadang2 tu mmg kesian gak la..dan kadang2 tu husna boleh dok diam tgk spa Q jugak..macam paham jer apa si zafrul ckp..tambah2 lagi bila tgk si fahmy..hehehehe...

Tapi yg paling geram bila time tu time kritikal kat spa Q..time tu jugak la dia nak air..nak minum..huhuhu...tp aku tak la kejam..aku bg dia satu bekas air besar kat husna...hehehe...sian husna bila jam 6.30 - 7.30ptg..


Tu ok lg..bila time dia angin lain ckit..dia suruh tutup tv..
tu lagi la mengerikan..kalau dah husna nangis2 suruh tutup tv..
aku pun tutup la tv..tak pun kasi dia gula2..terus senyap..hahahaha...
sian husna bila jam 6.30 - 7.30ptg..

Saturday, February 14, 2009

Picnic @ WaTeR FaLL sG. TeKaLa...


Sejuk Oooo..Siang td aku dgn aimi n yani..pegi mandi air terjun kat tekala semenyih..kami pegi bertiga jer..tak kira janji dpt pegi..yg lain2 tak dpt nk peg sbb ada hal masing2..yg best nya wlaupun kami pegi bertiga jer..tp kami siap buat BBQ lg..sdp tu..datang awal jugak..so dpt la port baik punyaaaeerrr..Dah lama gian nk g mandi air terjun...so kesempatan cuti ujung mggu kami pakat2 pegi..



Thursday, February 12, 2009

Warkah ciNta BeRbAu SyurGa...



Dulu pernah kuungkap..
"Jgn terbang tinggi,kalau jatuh akan parah".
Lalu engkau menjawab..
" kalau kita tidak cuba terbang tinggi, sampai bila pun kita takut utk mencuba. Lagipun kita tetap mendapat nikmat berusaha dan mencuba".

Antara kita, ada peristiwa istimewa yg menjadi kenangan abadi tidak bermaksud kita mengagungkannya. Jadikan ia sekadar memori untuk diri sendiri. Sekadar nostalgia untuk di imbau. Biarlah ia menjadi khazanah
yg berharga atau mungkin sahaja dipupus masa. Tuhan yang menentukan.

Benarlah, cinta tidak mampu memenangkan segala. Cinta tidak membawa segala kesempurnaan hadir ke sisi. Tetapi ia mengajar kita menerima sesuatu seadanya. Cinta bukan semestinya bersama. Cinta itu untuk memastikan orang yg dicintai bahagia. Terima kasih kerna pernah menerima diri ini sebagai insan istimewa. Terima kasih...

Aku baru selesai baca sebuah novel. Terpaku aku membacanya. Novel ini lain sikit lbh islamic. Ayat2 dlm novel ni buat aku tak sabar untuk tahu episod seterusnya.

Manusia mana yg tidak pernah gagal? Manusia mana tidak pernah kecewa? Manusia mana yg tidak ada pasang surutnya? kita bukan malaikat bersayap seribu. Bukan juga pari2 yg wujud dalam mitos dan dongeng. Jika ada manusia hari ini yg mendabik dada mengatakan dia adalah manusia sempurna, maka aku berani katakan bahawa dia berbohong.

Hidup sering berputar, dari bawah ke atas dan dari atas ke bawah. Gelap juga ada waktu cerahnya dan cerah ada waktu mendungnya. Perubahan akan berlaku, cuma soal waktu menjadi persoalan. Oleh itu, kuingatkan sekali lagi bahawa hati2 bila berbicara. Cakap siang pandang2, cakap mlm dgr2kan. Boleh jadi yg dibenci akan menjadi org yg disayangi. Boleh jadi yang disayangi akan menjadi musuh abadi. Siapa tahu? Tuhan sahaja yg tahu.

Orang yg tidak diuji, tidak tahu tinggi rendah langit di atasnya. Orang yg hidup dalam kemewahan akan mudah tenggelam, tambahan pula jika kemelaratan tidak pernah menyentuh jiwa dan atmanya..mana mungkin dia tahu nilai sesuap nasi. Oleh itu, apabila tuhan berikan ujian beerti Tuhan mahu mengajar sesuatu. Bila adanya gelap, erti sebatang lilin jadi beharga. Apabila Tuhan bawa rusuh dan gawat, erti bahagia jadi juta2. Siapakah yang mampu memberi nilai rasa selain Tuhan? Syukurlah pada Tuhan jika diri dilanda ujian.

Oleh itu, kita hidup untuk melihat dan menilai. Biar yang buruk jadi sempadan dan yang baik dijadikan teladan. Tugas kita berbincang dan mengajak kepada kebaikan, tetapi bukan tugas kita menghukum dan melabelkan orang. Kita bukan Tuhan dan sama sekali kita tidak layak menghukum sesama umat kerana kita berasal dari satu bapa. Iaitu Adam. Kita juga dari satu umat iaitu umat Muhammad. Sebaik mana pun kita, jangan lupa bahawa nabi sangat sayangkan umatnya sekalipun ramai umatnya yang masih lupa dan lalai.

Sunday, February 1, 2009

Permata Hati My Best frez...

Salam...



Siang tadi aku sempat meluangkan masa menziarahi ina (my best frez). Dia selamat melahirkan anak sulungnya yg diberi nama Nor Zahra. Umur Zahra genap seminggu bermakna sudah seminggu Zahra melihat dunia ini. Keadaan Zahra sihat..begitu juga dgn ina alhamdulillah sihat cuma Zahra kena 'kuning' sikit..kata nurse 'kuning' nya tak kuat..

Rasanya baru semalam aku menjadi pengapit kepada pasangan ini..kalau dulu aku dtg kerana dijemput sebagai pengapit..tetapi hari ini aku dtg melihat zuriat mereka pula. Ina aku kenal sewaktu kami sama2 belajar di sek men teknik ipoh. Aku dan dia begitu akrab susah senang kami bersama.

Masih ku ingat pada suatu pagi selepas subuh ina dtg ke dorm aku. Tapi time tu aku sedang solat subuh. Aku tak sempat berbicara dgn dia. Time nk pegi sek ada sorg member bagitau aku yg ina blk rumah sbb mak dia meninggal dunia. Waktu itu aku rasa terkilan sbb tak sempat jumpa dia pg tu. Sampai di sek tabung derma untuk keluarga ina diedarkan. Mmg menjadi kebiasaan jika ada kematian tabung derma akan diedarkan sebagai sumbangan kepada pelajar yg terlibat. Mak ina meninggal kerana di sambar kilat/petir di kebun labu. Aku begitu sedih bila mendapat tau akan hal tersebut. Yang lagi buat aku sedih, aku tak dpt ikut wakil2 pelajar ke rumah ina kerana aku bukan rakan sekelas ina.

Seingat aku peristiwa tu berlaku sebelum percubaan SPM. Ina mmg seorang yg tabah Alhamdulillah result percubaan nya bgs dan SPM sebenar pun dia dpt result yg cemerlang dan melayakkan dirinya ke kemenara gading. Semasa dimenara gading pula ayah nya meninggal dunia. Time tu aku menuntut di Bangi aku turut tidak berpeluang utk menziarahi ina tika itu.


Kini alhamdulillah ina mengecapi kebahagiaan dgn pasangan nya dan kehadiran Zahra sebagai pelengkap kebahagiaan mereka. Terpancar diraut wajah ina tadi kegembiraan yg ingin dikongsikan bersama aku..tp ada sedikit kesedihan dr riak wajah nya bila mana aku memberi beberapa petua mak aku kepada dia. Mungkin ada rasa sedih kerna dia tak sempat berkongsi kegembiraan bersama kedua org tuanya.

Semoga ina menjadi ibu dan isteri yg terbaik untuk anak2nya nnti dan untuk suami nya.I'Allah...