Tuesday, November 25, 2008

Kepesatan Pertumbuhan

Menarik kan!!! Ada sesuatu yg aku nk kongsi dgn pembaca laman ni. Bukan niat nk meng ‘expose’ yg tak sepatutnya Cuma nak nk berkongsi. Pejam celik..pejam celik..(jgn pejam terus..)..dah nk masuk tahun 2009..thn 2008 bakal melabuhkan tirainya..

Sebelum tirai dilabuhkan sebelum calendar bertukar tahun aku nk citer ttg setahun yg lalu..tentang Family aku ‘Yunos & Fatimah family’..
Kisahnya bermula di sini….Pada suatu hari… jeng..jeng..jeng…

Sebenarnya aku nk cerita tentang kepesatan pertumbuhan keluarga kami ini. Kisahnya bermula dengan mendirikan masjid oleh ancu. Ancu selamat diijab kabulkan 4 dec '07 dgn pasangan nya. Aku panggi kak cu..ancu bukan main seronoknya..nyerongin sampai ke telinga..yer la kawin tu seronok..kata org..aku mana la tau..Mak dgn abah seronok bangat sebab dah lama tak dapat menantu perempuan. Kami adik beradik pun sama dah lama tak terima ipar perempuan..lgpun k’yang akan ke seoul..Cuma tinggal k’andak jer yg ada..sian k’andak kena buli dgn adik2 ipar nya…hehhee..


Kenduri kawin ancu dibuat secara besaran2an ala2 kg..nk kata besar tak jugak..kecil pun tak jugak..sederhana..tp sgt meriah..sebelum ni kalau ada apa2 kenduri khidmat ancu amat diperlukan..sebab dia jer lelaki yg bujang..tp bila hari dia jd raja sehari andak terpaksa bekerja keras 2x ganda..sian andak..hehehe..majlis berjalan lancar seperti yang di rancang..cuaca turut baik..


Seterusnya kehadiran orang baru yang kedua pulak Lahirnya puteri yang bernama Salsabila Samsul Bahari. Anak ketiga kepada pasangan Samsul Bahari & Alida Yunos. Beliau dilahirkan melalui tingkap seberat 4.0kg..beratnyakan..bayangkan..
Lahirnya puteri ini mmg amat dinanti2kan oleh pasangan ini sebagai bunga yg menyerikan lagi keindahan di taman..cewahhh.. Panggilan manja untuk puteri ini ialah ‘BELLA ‘.. Sekarang umur bella hampir 6 bln.


sebulan lepas tu k’Haza pulak naik pelamin. Rasa nya belum kering lagi tangan yg membasuh pinggan mangkuk kenduri kawin ancu ari tu..dan rasanya belum puas lg ancu merasai bilik pengantin kat kg tu..terpaksa la serah kunci bilik pada pengantin baru. Maka dengan itu turun lah tahta raja sehari atau dengan kata lain pengantin baru bertukar milik pada k’haza. Kiranya dlm sejarah family ancu lah paling sekejap memegang title pengantin baru tp tak per utk k’cu tetap menantu perempuan baru..hheheee…

Dengan pertumbuhan ini rupa2 nya setiap keluarga masing2 membuat perancangan yaang baik..Pada 2 nov lahir pulak cucu ke – 18 tuan haji Yunos & hjh Fatimah yg selamat dilahirkan di HUKM. Mohd Syammil Ammar Shahrul Baharin adalah anak ke-2 kpd pasangan Shahrul Baharin & Asiah Yunos. Maka dgn ini Mohd Syakir afiq anak pertama pasangan ini telah naik pangkat sebagai ‘YEOP’..hehehe panggilan untuk org perak sebagai anak sulong.

Pertumbuhan seterusnya pasangan Azhar Yunos & Hayati Husin menerima kehadiran NurAishah Irdina sebagai cahaya mata ke-4 yg selamat dilahirkan di hospital Putrajaya seminggu selepas Syammil.
Betapa productifnya pertumbuhan keluarga kami ini. Alhamdulillah dgn rezeki yg Allah berikan semoga dgn hadir nya anak2 Adam ini dpt memanjangkan lagi darah yang mengalir sebagai penyambung keturunan Tuan Hj Yunos & Hjh Fatimah.



Tidak ketinggalan juga seminggu selepas itu k’Imah pula menamatkan zaman bujang nya bersama pilihan hati nya. Bila hati telah sejiwa maka termatri lah ikatan yg sah dgn sekali lafaz nikah di depan tok kadi serta sanak saudara k’imah selamat menjadi seorang isteri kepada pasangan nya abg Azmi. K’imah ni adalah anak saudara abah yang tinggal bersama2 keluarga kami. Majlis yang diadakan turut meriah seperti yg dirancang.

Maka rasanya kepada ahli baru kami sekeluarga amat mengalu2kan kehadiran semua ke keluarga Yunos & family. Semoga kita semua hidup aman bahagia. Setakat ini jumlah ahli 10 org anak, 1 anak sedara,9 menantu, 1 menantu sedara & 19 cucu.

Wednesday, November 19, 2008

Apa yang terjadi...

Salam Semua...
Hampir 3 minggu laman ini tiada entri baru. Mengenangkan tuan rumah yang agak bz, jd tak mampu untuk mencuri masa walaupun seketika. Sudah masuk bulan Nov, nampaknya hanya tinggal kurang dr dua bln sahaja kita bakal meninggalkan 2008. Telah byk yang kita lalui, tempuhi, hadapi dan semuanya kita tangani dgn jayanya walaupun mungkin ada rasa yang tak tentu rasa atau pun mungkin ada hati yang menahan kepedihan. Namun kemanisan tetap ada menjernihkan keadaan. Kebahagiaan jua menemani untuk menghadapi liku2 kehidupan yang iNdAh ini. Hari demi hari yang dilalui lebih mematangkan kita akan erti nikmat KeHiDuPaN yang Allah kurniakan untuk kita. Sentiasalah bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang.

WeLcOMe To join Yunos's & Family

Mohd Syamil Ammar & NurAisyah Irdina


Syakir & Husna..pantang nengok camera..mcm2 posing..penuh hp mak ana dgn gambo2 kome berdua..


Sedap nya..Kg Baru mari...

Wednesday, November 5, 2008

Bagaimana Menyayangi Seseorang



1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka,tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka,
jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya,apatah lagidia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa,ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri anda,memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah
kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun

Saturday, November 1, 2008

Bahagianya Hari Ini...


Setelah sekian lama aku tak berkesempatan melakukan aktiviti yg sering aku lakukan iaitu g taman tasik pagi ujung minggu utk aerobik, akhirnya siang td aku berjaya jugak pergi..huhuhu..pg tadi k'gie ajak pegi..husna pun ikut..husna bukan main seronok lg..rindu rasanya dah lama tak buat aerobik..




Lepas pegi aerobik..siap2 nak g kejer pulak ada kejer kena settelkan..huhuhu..pukul 10am sampai tempat kejer..buat ini buat itu..sampai pukul 5 lbh..dah petang rupanya..alhamdulillah settel kejer..tp esok mcm kena dtg kejer lg la pulak..tgk la kalau rasa boleh 'kautim' utk ari isnin..aku tak dtg la esok..huhuhu..


Habis kejer pegi main boling dgn aimi..hahahha..mmg dah gian nk buat balingan..mula2 tempah utk dua frame jer..pastu aimi cam tak puas ati jer..dan aku pun mcm tak puas buat balingan tambah satu frame lg..hahahaa..aimi bukan main marah kat aku sbb aku kalahkan dia..tp mmg biasa pun aku tak penah kalah dgn dia...hahahaha..sori aimi..ari ni aku mmg nk buat balingan sepuas hati..biar lepas segalanya..

Habis main waktu magrib pun masuk..terus blk rumah siapkan diri pastu pukul 8 tgk berita..pastu blh pulak layan 'malam sehati berdansa' kat astro ria..layan jer la utk relax2..pukul 10 pulak layan cerekarama tv3 tajuk nya 'CINTA DLM HATI'. Malam minggu mmg aku besanya abiskan masa utk merehatkan bdn..mula2 tgk citer ni cam besa jer..pastu ada lagu tema...layan kan jer la..

CINTA DALAM HATI...by UnGu..

mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa dicintai
tak mengapa bagiku
asal kaupun bahagia dalam hidupmu
dalam hidupmu...

telah lama kupendam perasaan itu
menunggu hatimu menyambut diriku
tak mengapa bagiku
mencintaimu pun adalah bahagia untukku
bahagia untukku...

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

kuingin kau tahu diriku disini menanti dirimu
meski kutunggu hingga ujung waktuku
dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya
dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejap saja

ok gak lagu ni..tp lagu sedih la..citer pun cam relax..tp aku tak suka sgt ending citer ni..sbb lelaki ni mcm tak yakin dgn keputusan dia..Ahhhh..tension aku ngan ending nya...tp mmg ada dalam realiti hidup kat dunia ni citer mcm tu..
Tapi kita kena redha setelah berusaha..Kita ada perancangan..tp perancangan Allah lg yg terbaik..Sesungguhnya kita jgn menyalahkan takdir kerna ada pelangi yg Allah nk bg pada kita..i'Allah..