Sunday, September 28, 2008

SeLaMaT HaRi Raya AidiLFiTri MaaF ZahiR & BaTiN


Salam Semua..

Dikesempatan ini saya ingin mengucapakan salam AidilFitri buat semua pengunjung laman ini. Mohon maaf atas apa yg tertulis didada laman ini dan semoga Aidilfitri tahun ini memberi 1001 kenangan yg terindah buat anda semua utuk dimuatkan dlm lipatan perjalanan kehidupan yg iNdAh ini.

Suka lah kiranya sy mengingatkan kpd diri sy dan juga kpd semua yg merancang pulang ke kampung berhati dijalan raya tak kira apa juga pengangkutan yg anda gunakan.Sama2 kita mendoakan selamat sampai ke destinasi masing2. Kepada yang tidak dapat pulang untuk berhari raya bersama keluarga jangan sedih sangat mungkin ada kesempatan lain yang dapat anda bersama mereka. Kepada yang telah pergi meninggalkan kita sama2 kita doakan agar mereka tergolong dalam golongan org2 yg beriman..i'Allah..

Ucapan teristimewa buat maka abah..tunggukan kepulangan anak mu ptg ni..i'Allah..
Buat family abg di KOREA..jangan sedih2 sangat sbb terpaksa beraya disana..kalau berkesempatan pg raya kita YM & video call..cam..

Buat rakan2 sama ada mengenali secara langsung atau pun secara tak langsung, halalkan segala makan minum..kira 0-0 ler yer..dan jgn lupa jemput datang kerumah (rumah kg)..but pls call dulu..

Sunday, September 14, 2008

Pertengahan Ramadan..


Salam Ramadan semua..
Hari ini sudah masuk 14 hari umat Islam menjalani ibadat puasa. Semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Diam tak diam Ramadan makin ke penghujungnya terasa terlalu pantas masa berlalu. Hati kian gusar takut2 tak ketemu dgn Ramadan selepas ini. Memikirkan Ramadan kian kepenghujungnya, hati tertanya2 adakan amalan tahun ini lebih baik dr tahun lepas atau masih pada tahap yang sama,andai diukur kepada amalan seharian masih banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki. Harapan kini dengan berbekalkan separuh jalan lagi, dapat lah kiranya merebut peluang yang masih ada agar Ramadan kali ini lebih bermakna untuk bekalan dihari perhitungan nanti.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut Nuzul Quran, ianya antara peristiwa yang berlaku di bulan Ramadan. Dan beberapa hari selepas itu kita akan menempuhi 10 malam terakhir di bulan Ramadan. Di situ kita mencari malam Lailatul Qadar. Malam yang lebih baik dari seribu malam. Setiap kali bertemu Ramadan kita pasti menginginkan agar kita akan bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Kita panjatkan doa agar tergolong dalam golongan orang2 yang dipertemukan dengan malam tersebut. Dan kita mengambil kesempatan dengan malam tersebut memunajat kepada Allah agar kita tergolong dalam golongan orang2 yg beriman. Serta melipatkali gandakan amal ibadat kerna kita tak tahu masihkah ada peluang untuk kita bertemu dengan Ramadan akan datang.

Suka lah kiranya saya memberi peringatan pada diri saya dan juga pada para pengunjung agar kita sama2 terus berdoa pada Illahi agar kita dipanjangkan umur,dimurahkan rezeki dan semoga kita sentiasa berada pada landasan Islam yang sebenar. Kita mohon pada Allah agar kita sentiasa dilindungi,dirahmati serta dijauh kan dari azab api neraka kelak..i'Allah..