Tuesday, June 24, 2008

Putrajaya....



"..Jika tak dapat apa yang kita suka,,belajarlah menyukai apa yg kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada.."

Saturday, June 21, 2008

Pertengahan Tahun 2008


Salam semua...

Sedar tak sedar Bulan jun dah nak melabuhkan tirainya
terasa cepat benar masa berlalu..
kadang2 terpikir juga apa yang telah dikecapi
untuk separuh tahun ni..
Alhamdulilllah ada juga misi yang telah berjaya..
Syukur sangat2 pada Ilahi kerana memakbulkan doa aku..
Semoga Allah permudahkan lagi segala urusanku..

Ahad lepas aku mendaftarkan diri sebagai seorang pelajar..
terasa riang dalam hati sebab niat bonda nak tengok aku
sambung belajar tercapai..cuma lepas ni dia
nk tengok aku berjaya pula..huhuhu..lama lagi pulak tu...

Nampaknya lepas ini urusan harian aku makin bertambah padat..
dengan tugasan kat tempat kejer..dengan ass'ment yg kena hantar..
dengan kuliahnya..huhuuu..hopefully e'thing will be ok..

Terpikir juga kuat ker untuk aku buat semua tu..
tapi pikir2 balik i'Allah aku boleh buat..

Thursday, June 12, 2008

Lamanya Aku Cuti...

Salam semua...
Dah lama rasa nya menyepi...
tp menyepi aku kali ni amat la padat
dgn agenda yg dirancang dan yg tak dirancang..

Baru2 ni aku terpaksa dimasukkan ke hospital..
dalam keadaan kejer yg bertimbun2 kat opis aku terpaksa tinggal kan..
tp bos aku ok..dia blh settelkan..hhehehehee..

Pada 3 Jun aku dpt panggilan tel dr hospital klang
yg nk mempercepatkan tarikh pembedahan gigi aku ni..
salah satu sebab nya doktor takut nanti sakit tu merebak kat gigi lain..
so aku pun mintak kebenaran kat bos dan petang tu aku terus masuk wad...

Perasan bedebar2 tu mmg ada sbb selama ni
aku tak penah pun duduk dlm wad kecuali jaga org sakit..
ni aku yang jadi pesakit..huhuhu..
doktor ingatkan aku operation aku dalam pukul 10pg..

Yang best nya mlm tu anak buah aku dtg tolong jaga aku..
ikutkan aku bkn la buat major operation..
tp telahkan anak buah aku cuti sek dia dtg
la teman kan aku kat wad..


Disebabkan aku buat minor operation
aku pun tak la pegi private hospital..
so kat wad tu mmg ramai la org..
nasib baik la area katil aku tu org yg sakit besa2 jer..

Pagi 4 jun dalam pukul 9 lbh nurse suruh aku pakai bj untuk masuk bilik bedah..
time tu baru rasa takut..huhuhu..ni la 1st time aku masuk dewan bedah..
bila masuk bilik bedah pembantu2 kat situ mula pasangkan wayar2 kat bdn aku..time tu mengucap byk2 aku..lbh kurang 5 min pas tu aku tak sedarkan diri..

Lebih kurang dua jam pastu baru aku sedar selepas dikejutkan oleh pembantu2 perubatan kat situ..Alhamdulillah aku selamat..
tp time tu mata mmg macam 'lalok' la ngntuk giller terus aku tidur dlm pukul 5 ptg br aku sedar dr tidor..time tu perut mmg berbunyi la..tp aku tak blh mkn lg..
nurse cuma bg aku minum air jer..
pipi ni dah rasa kebas jer..bengkak besar...


Esok nya 5 June doctor benarkan aku keluar wad dengan berbekalkan ubat-ubatan dan MC selama Seminggu..Thnks Doktor and nurse2 HTAR sbb sudi jaga aku..Peace no war..

Selama aku MC aku tak kemana pun..kepala pun ada penin2 dan rasa muntah2 pun ada so aku duduk jer la kat umah dan kdg2 ditemani dgn anak buah aku ni...

Yang best nya selama aku MC aku dok tgk astro
dan aku dah jatuh cinta dengan..
'LU PIKIR LA SENDIRI'..hahahaha...

nabil raja lawak musim kedua telah menceriakan hari2 aku..hahhahaa..
tp aku tak boleh nk gelak besar wlaupun lawaknya best sebab aku operation gigi bukan kaki..jgn gelak aku tu terbatas la..kang sakit kuat pulak...hehehe...

daripada aku tak mengkuti rancangan nya sebelum ni sampaikan aku dah boleh hafal dialog nabil..tapi mmg best la..lawak nabil lawak kaya budi bahasa..

ok la sok aku nk start kejer blk..
td br bukak jahit kat gigi ni..

salam...